KUALA LUMPUR, 27 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya hari ini dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
SHAH ALAM, 26 NOV: Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan rombongan berkunjung ke rumah perdana menteri baharu hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 November sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
AMPANG JAYA, 17 NOV: Rekod baik sebagai menteri, dikenali di pentas antarabangsa dan faham kesusahan rakyat melayakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, menurut beberapa pengundi.
SHAH ALAM, 4 NOV: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh pilihan rakyat sebagai perdana menteri berdasarkan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).
OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR AMPANG, 29 OKT: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengingatkan semua calon parti itu supaya menjadi suara rakyat dalam parlimen jika menang. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mereka mesti menyuarakan hasrat dan aspirasi perjuangan rakyat yang menjadi...
SHAH ALAM, 28 OKT: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di kerusi Parlimen Tambun manakala timbalannya Rafizi Ramli kembali ke Parlimen Pandan.
KUALA SELANGOR, 26 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bakal bertanding di Parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
MENTAKAB, 20 OKT: Hujan renyai tidak mematahkan semangat ribuan penyokong menyertai Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang #MohTukor malam tadi.
PETALING JAYA, 13 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan (20 Oktober).
PETALING JAYA, 10 SEPT: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memelihara kebajikan semua kaum dalam negara ini terutama golongan miskin.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir beberapa pemimpin yang dipercayai terlibat dalam rasuah meraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun diadakan seawal Oktober depan.
SUBANG JAYA, 25 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) menyediakan satu kerangka besar dan menyeluruh bagi membina semula Malaysia sebagai negara yang kukuh sektor ekonominya.
SHAH ALAM, 16 JULAI: Pemimpin akar umbi diingatkan supaya tidak terus bersaing sesama sendiri selepas pemilihan parti selesai, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
PETALING JAYA, 15 JULAI: Kepimpinan negara disaran memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai kepentingan karya sastera tempatan.
PETALING JAYA, 2 JULAI: Selangor merupakan antara tiga negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang prihatin dengan masalah rakyat, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
SHAH ALAM, 19 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang didakwa memperoleh kontrak kerajaan secara mencurigakan.
SHAH ALAM, 12 JUN: Dana kepada perpustakaan di negara ini perlu ditambah bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, kata ketua pembangkang.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruangan Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.